Makmal Tahun 3 Umum

PERLAKSANAAN DAN PERJALANAN

SESI MAKMAL TAHUN 3 UMUM SKEE 3732


SINOPSIS MAKMAL


Senarai Jadual Makmal SKEE 3732 boleh di lihat dengan klik menu Jadual Makmal


PERHATIAN:

Pelajar perlu ambil kursus MIKROPEMPROSES (SEEE/SKEE3223), PRINSIP PERHUBUNGAN (SEEE/SKEE3533) & PERMODELAN SISTEM & ANALISIS (SKEE3133) sebelum mendaftar/mengambil Makmal Tahun 3 Umum (SEEE/SKEE 3732).


1. Maklumat Perlaksanaan dan Bahan Keperluan Ujikaji Makmal Tahun 3 Umum sila klik Lab Sheet. Mohon selesaikan tugasan pre-lab (jika ada) dan hantar kepada pensyarah/penolong jurutera sebelum setiap sesi ujikaji makmal. Laporan pre-lab hendaklah dihantar secara 'hard-copy'.


Penting!-Pelajar Makmal Tahun 3, sila 'download' kertas ujikaji untuk menyelesaikan soalan PRE-LAB sebelum menghadiri makmal

Pre-lab: 

Makmal 


Perhubungan Asas (P03-516) Tel: 35303 [Pn. Norhidayu bt Basir] : Prelab akan diberikan semasa makmal.


Instrumentasi (P02-419) Tel:35931 [Pn. Siti Rohani bt Samiron] : Prelab di 'labsheet' dan perlu diselesaikan sebelum makmal.


Kuasa Asas (P07-108) Tel:35354 [En. Azri Abdullah] : Prelab perlu diambil di makmal dan diselesaikan sebelum makmal


Kawalan Asas (P08-414)Tel: 35297 [Pn. Norazian bt Ahmad] : Prelab akan diberikan semasa makmal.


Mesin Asas (P06-136-04) Tel:35931 [En. Halfizan bin Mohd Noh] : Prelab perlu diambil di makmal dan diselesaikan sebelum makmal.


Mikropemproses (P04-420-01) Tel:35289 [En. Jeffri bin Ismail ] : Prelab boleh di 'download' daripada website 'labsheet' dan diselesaikan sebelum makmal.



2. Mohon semua ahli kumpulan punctual.


3. Diakhir ujikaji setiap makmal, setiap kumpulan perlu menghantar laporan pendek (short report) di makmal tersebut. Laporan pendek dihantar secara 'hard-copy' sama ada dicetak atau menggunakan buku log.


4.  Setiap pelajar SKEE 3732 akan diberi satu tajuk ujikaji untuk menulis satu tugasan laporan panjang (long report). Long report adalah tugasan individu. Sila pastikan short report telah disemak dan mendapat komen daripada pensyarah yang bertugas. Senarai ujikaji dan kumpulan untuk long report boleh dirujuk SINI.


5. Tarikh akhir untuk menghantar tugasan laporan panjang kepada pensyarah adalah satu minggu dari tarikh akhir ujikaji terakhir keseluruhan ujikaji tahun 3. Laporan panjang perlu dihantar secara 'soft-copy' beserta laporan pendek yang telah disahkan oleh pensyarah.


6 . Selesai ujikaji makmal terakhir hari terakhir makmal, semua pelajar di kehendaki mengisi borang Peer review assessment yang merupakan penilaian markah kerjasama antara rakan-rakan kumpulan yang membawa markah sebanyak 5% bahagian daripada markah keseluruhan makmal. Sila klik SINI untuk melakukan peer review assessment. Jika tidak diisi, markah akan direkodkan sebagai kosong (sifar).


7. Peraturan makmal dan format penulisan laporan boleh rujuk di SINI


8. Mohon isi borang maklum balas di SINI bagi penambahbaikan makmal tahun 3 umum.