Senarai Kumpulan 2017 (Daftar Kumpulan)

1. Pelajar diberi peluang untuk memilih ahli kumpulan masing-masing. Pastikan semua ahli kumpulan sudah mendaftar untuk subjek ini. Sila rujuk ke SPACE Portal untuk proses pendaftaran.

2. Sila tuliskan nama penuh serta
No. Matrik setiap ahli kumpulan masing-masing di borang yang disediakan. Bilangan ahli per kumpulan untuk makmal tahun 3 umum dihadkan kepada 3 atau 4 orang dan hanya 20 kumpulan akan menjalankan ujikaji bagi setiap sesi.  Manakala untuk makmal tahun 3 khusus bilangan ahli per kumpulan dihadkan kepada 4 orang sahaja dan hanya 8 kumpulan akan menjalankan ujikaji setiap sesi. Bilangan ahli per kumpulan untuk makmal capstone tahun 4 dihadkan kepada 5 orang sahaja.

3. Nombor dan ahli kumpulan boleh dipilih tetapi keputusan muktamad akan ditentukan oleh penyelaras makmal.

4. Bilangan sesi adalah tertakluk kepada perubahan bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar.

5. Jika ingin menambah ahli kumpulan yang sudah ada, emailkan nama ahli tambahan kepada makmalspace@fke.utm.my. Saya akan edit dalam 'database' di 'server'.

6.
Untuk berlaku adil kepada semua pihak:
  • Pilihlah Sesi yang sama dengan Seksyen yang didaftar di SPACE, mohon kerjasama semua pelajar.
  • Kalau daftar di Seksyen 2 di SPACE Portal, pilihlah Seksyen 2 di laman web ini untuk pembahagian kumpulan.
  • Sesi digunakan di sini sebab di sini bukan proses pendaftaran tapi hanya pembahagian kumpulan.
7. Pelajar hanya boleh mengambil SATU SUBJEK Makmal sahaja dalam satu semester!

8. Makmal Tahun 3 memerlukan persiapan pelajar dari segi ujian PRE-LAB yang perlu disiapkan sebelum memasuki makmal. Sila 'download' kertas ujikaji daripada makmal berkenaan (Senarai Makmal) untuk memastikan apa yang perlu disediakan dan dilaksanakan. 

Tahun 2 (Sila klik link di bawah untuk menulis ahli kumpulan)

Kumpulan SKEU 2712 & SEE 2742  2016 (sila daftar kumpulan)

Tahun  3 (Sila klik link di bawah untuk menulis ahli kumpulan)

Kumpulan SEE/SKEE 3712 (Umum) 2017  (sila daftar kumpulan)

Kumpulan SEE/SKEE 3742 (Khusus) 2017  (sila daftar kumpulan)

Tahun 4

SEE/SKEE 4712 – CAPSTONE: (5 pelajar/kumpulan)

Makmal capstone ini akan di jalankan di pusat pembelajaran masing2. 
(Sila klik link di bawah untuk menulis ahli kumpulan)

Kumpulan SEE/SKEE 4712 (CAPSTONE) 2017 (sila daftar kumpulan)