Ringkasan
Makmal Capstone SPACE FKE akan dijalankan mengikut butiran berikut:
- Tempoh sesi makmal adalah selama 7 minggu bermula dari 25/6/2018 - Isnin (bagi pusat Johor Bahru) dan 30/6/2018 - Sabtu (bagi pusat Kuala Lumpur) sehingga 7/8/2018 - Selasa, setara 12 minggu bagi pertemuan pelajar sepenuh masa.
- Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan dengan bilangan ahli wajib seramai 4 orang. Setiap kumpulan, diselia oleh 1 fasilitator, perlu menyiapkan 1 projek yang menjawab keperluan industri/komuniti berdasarkan tema yang diberi.
- Jumlah pertemuan antara setiap kumpulan bersama fasilitator masing-masing adalah sebanyak 3 kali dengan jumlah jam sebanyak 36 jam (12 jam/pertemuan).
Pemilihan Kumpulan & Tema (Kemaskini 12/6/2018)
Setiap kumpulan WAJIB mempunyai 4 ahli. Mana-mana pelajar yang ingin membuat pilihan ahli kumpulan, sila isi Google Form yang disediakan disini. Pemilihan kumpulan ini hanya dibuka sehingga 21/6/2018 (Khamis).
Setiap kumpulan WAJIB memilih 3 tema yang paling diminati sebagai tema projek bagi Makmal Capstone SPACE 2017/18-3 melalui Google Form disini. Pemilihan team juga ini hanya dibuka sehingga 21/6/2018 (Khamis).
Jadual & Tempat (Kemaskini 12/6/2018)
Bagi pusat Johor Bahru (JB):
Bagi pusat Kuala Lumpur (KL):
Garis Masa & Aktiviti
Perlaksaan Makmal Capstone SPACE FKE adalah mengikut garis masa dan aktiviti-aktiviti berikut berdasarkan masa pertemuan:
|
|